Ibu-bapa Harus Hindari 5 Jenis Makanan Ini Untuk Kanak-Kanak

MAKANAN YANG KURANG MENYIHATKAN BAGI ANAK KITA

Jika ditanya ibu-bapa, mereka pasti menjawab mereka mahukan anak-anak membesar dengan sihat. Permakanan yang teratur adalah salah satu faktor anak-anak membesar dengan sihat. Tetapi, sekarang terdapat banyak jenis makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan segera ataupun Fast Food atau Instant Food!

Kita selaku golongan dewasa sudah semestinya tahu makanan sihat itu terdiri daripada bahan-bahan segar seperti ayam, ikan, salad dan sayuran hijau. Buah-buahan segar seperti epal, anggur dan tembikai pula kita jadikannya sebagai pencuci mulut atau pembuka selera. Namun, bagi kanak-kanak lain pula ceritanya. Mereka hanya tahu makanan seperti ini membosankan, jijik, tidak menyelerakan dan yang paling teruk ia dianggap sebagai racun!

Inilah punca yang selalu mengakibatkan anak-anak kita seperti berperang dengan makanan dan faktor ini adalah amat mengecewakan kita. Ibu bapa tidak boleh berputus asa untuk menjadi contoh yang terbaik bagi menggalakkan anak-anak untuk mengamalkan permakanan yang sihat. Percayalah, suatu hari nanti mereka akan menghargai perbuatan ibu bapa kerana bersungguh-sunguh mengajar mereka menjaga makan.

Kita disogok setiap hari di kaca televisyen dengan iklan permakan yang nampak sahaja lazat tetapi ianya mengandugi khasiat permakanan yang halus jika dibandingkan dengan kandungan pengawet, gula serta lemak yang banyak di dalamnya.

Apakah cara yang terbaik untuk kita mengelakkan diri dari terjerumus kepada permakanan yang tidak sihat?

Berikut adalah senarai yang ibu bapa boleh semak untuk membuat keputusan. 5 Jenis makanan yang harus dielakkan namun sering kali diberi makan kepada anak-anak di Malaysia termasuk waktu sarapan, makan tengah hari, makan malam mahupun makanan kudapan.

 

1.     Sarapan Pagi dengan bijirin

Tidak dapat disangkal lagi bila mahu bersarapan pagi, bijirin adalah pilihan yang biasa dipilih oleh ibubapa di Malaysia untuk anak-anak mereka bersarapan. Boleh dikatakan setiap masa kita dipengaruhi oleh kaca tv dengan pengiklanan bijirin yang biasanya dimakan bersama susu dan pelbagai lagi iklan lain. Kanak-kanak adalah sasaran utama melalui iklan tersebut kerana mereka sangat senang ditipu. Tambahan pula, bungkusan bijiran yang nampak menarik serta berwarna-warni menjadikan kanak-kanak tidak sabar untuk memiliki dan memakannya.  Tanpa pengetahuan ibu bapa yang lebih, mereka terus membeli bijirin tersebut tanpa memikirkan kandungan gula yang tinggi di dalam bijirin tersebut.

2.     Daging Yang Siap Diproses

Betul, daging yang siap diproses sudah tentu pantas untuk disediakan. Keluar dari peti sejuk, dinyahbeku selepas itu goreng dan sudah siap untuk dimakan. Namun kita tidak perasan yasng makanan ini sebenarnya umpama span yang menresap cecair minyak masak yang selalu dipakai untuk menggoreng serta pengawet digunakan. Penyakit berbahaya seperti sakit jantung akan meningkat risikonya seterus kanser juga akan menyerang badan kita. Kesan ini adalah bukan dalam masa terdekat tetapi dalam jangka masa yang panjang dan tidak drastik seperti yang kita sangka.

3.     Kentang Yang Digoreng

Susah untuk menghindari kentang goreng kerana sudah menjadi senarai makanan setiap minggu anak-anda anda. Masalah menjadi teruk apabila kawan anak-anak juga suka memakannya menyebabkan anak anda turut memakannya. Kentang goreng mengandungi lemak serta garam yang tinggi dan tidak menyediakan nilai nutrisi kepada anak-anak anda sebenarnya!

4.     Roti Pizza

Tidak asing lagi bagi penduduk di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, pizza sangat popular sebagai makanan anak-anak. Disebabkan penat seharian bekerja, ibu bapa hanya mendail telefon untuk menghubungi restoran yang menyediakan pengkhidmatan menghantar pizza ke rumah. Untuk pengetahuan anda sebagai ibu bapa, kandungan pizza adalah terdiri daripada pengawet serta lemak dan kalori yang sangat tinggi yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada badan manusia.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

5.     Makanan ringan atau Kudapan

Semua makanan jenis ini diadunkan dengan tepung yang diproses lalu ditambah pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang mampu mengakibatkan tahap kolestrol menjadi tinggi.  Disebabkan itu, ianya tidak disyorkan untuk anak-anak anda makan snek seperti ini.

Sebagai kesimpulannya, jika anda selaku penjaga kepada anak-anak anda perlu faham tentang apa yang mereka ambil setiap hari demi manjamin mereka menikmati hidup yang lebih bagus dan lebih sihat di masa hadapan kelak.