9 Helah Licik IKEA Supaya Orang Ramai Berbelanja Lebih

Kedai – kedai IKEA ibarat syurga buat orang dewasa yang bukan sahaja ingin membeli perabot, tetapi untuk bersantai – santai dan mungkin juga ingin ‘mengembara’. Seperti disihir, apabila melangkah masuk ke IKEA pemikiran pelanggan yang waras hilang dan mereka mula mengisi bakul dengan barangan yang tidak perlu. Hakikatnya, syarikat gergasi milik Sweden ini telah menggunakan beberapa helah licik untuk memanipulasi pemikiran pelanggan mereka. Di sini dikongsikan 9 helah IKEA yang membuatkan kita berbelanja lebih.

  1. Kakitangan IKEA tidak membantu pelanggan

Pernahkah kita mengalami situasi di mana pekerja IKEA datang kepada kita dan bertanya “ada apa-apa yang boleh saya bantu? ” atau apa – apa pertanyaan yang seangkatan dengannya? Tidak pernah bukan? Ini kerana mereka dilarang berbuat demikian dan membiarkan kita membuat pilihan mengikut pertimbangan sendiri. Ia merupakan satu strategi pemasaran yang bijak kerana memberi kita peluang untuk bermimpi tentang kehidupan yang menarik jika membeli barang – barang yang luar biasa ini dan ternyata ia berkesan.

  1. Pelanggan berpeluang memasang perabot

Terdapat istilah yang dipanggil “kesan IKEA” ( “IKEA effect”) yang bermaksud penyelewengan kognitif yang berlaku apabila pembeli lebih menghargai barangan apabila mereka sendiri yang memasangnya. Apabila kita menghabiskan masa berjam – jam memasang perabot yang dibeli dan tercari – cari cara memasangnya, itu akan membuatkan kita letih tetapi apabila kita memerlukan perabot kita akan pergi ke IKEA lagi. Selain merasai pengalaman membeli yang berlainan, kita suka masa dan usaha yang dihabiskan untuk memasang perabot. Ia memberikan kepuasan sebenar yang tidak diperolehi daripada kedai perabot lain.

  1. IKEA menggunakan beberapa teknik kasino yang membuatkan kita berbelanja lebih

Sedarkah kita bahawa IKEA tidak mempunyai tingkap atau jam besar? Ia adalah helah daripada teknik kasino yang membuatkan kita tidak menyedari banyak masa telah dihabiskan di kedai ini. Sebaik sumber cahaya semula jadi dan semua jam dihapuskan, pelanggan hanya akan berfikir untuk membeli belah sahaja.

  1. Harga di IKEA mahal

Perkakasan rumah binaan dalaman di IKEA jauh lebih mahal daripada kedai – kedai lain kerana produk – produk ini adalah satu –satunya produk yang dibuat oleh kilang pihak ketiga terutama untuk IKEA. Manakala semua produk lain dibuat di kilang – kilang milik IKEA sendiri. Secara harfiahnya, pelanggan tidak membayar untuk kualiti yang luar biasa bagi perkakas rumah yang unik ini, tetapi membayar hanya untuk jenamanya sahaja.

  1. Tilam IKEA dihasilkan dengan saiz yang tidak sama

Saiz tilam yang dijual di IKEA adalah berbeza daripada apa yang kita gunakan tetapi kita menyangkanya seperti bukan satu masalah besar kerana kita hanya perlu membeli pangkalan katil baru. Tetapi ada satu perkara yang perlu kita beli iaitu cadar dan bantal. Kilang – kilang biasa menghasilkan cadar dan bantal berukuran biasa dan saiznya sudah pasti tidak sama dengan tilam IKEA. Maka, kita terpaksa mendapatkan cadar dan bantal jenama IKEA sahaja.

  1. Bebola daging membantu dalam penjualan perabot

Salah seorang pengurus IKEA dari Amerika Syarikat, Gerd Diewald mengatakan bahawa bebola daging adalah “penjual sofa terbaik”. Bebola daging adalah produk paling popular di kedai perabot di mana pelanggan dari seluruh dunia akan memakan kira – kira satu billion produk ini setiap tahun. Apakah rahsianya? Ia adalah kerana pelanggan yang lapar adalah pelanggan yang teruk dan itulah sebabnya restoran IKEA betul – betul berada di bahagian tengah. Bahagian pemasaran mengetahui hidangan yang baik mampu membuatkan pelanggan gembira dan berkemungkinan akan membeli sesuatu yang lain. Harga bebola daging tidaklah mahal dan pelanggan merasakan semua produk lain di IKEA juga tidak mahal lalu kita akan terus membeli lebih banyak barangan.

  1. Reka bentuk kedai membuatkan kita berbelanja lebih

Laluan di IKEA yang berbelok – belok seperti maze telah lama menjadi bahan ketawa di media sosial dan amat mudah untuk sesat di kedai ini. Reka bentuk ini memang disengajakan kerana arkitek dari London, Alan Penn memberitahu laluan yang tidak lurus menjadikan pelanggan berjalan dalam lingkaran dan akan kembali ke tempat sama beberapa kali. Ia boleh membuatkan seseorang bingung dan boleh jadi lupa tujuan sebenar mereka datang ke IKEA. Alan Penn menganggarkan bahawa kira – kira 60% daripada kesemua pembeliannya di IKEA adalah sesuatu yang tidak tidak dirancang pada mulanya.

  1. Banyak bakul penuh dengan produk berbeza di seluruh IKEA

IKEA mengguna pakai prinsip bulla bulla di mana mereka meletakkan bakul penuh dengan produk berbeza di seluruh kedai untuk memanipulasi pemikiran pelanggan yang apabila terdapat sesuatu dalam kuantiti yang banyak, sudah pastilah harganya murah. Inilah cara halus IKEA mengajak pelanggan membeli lebih banyak barangan yang konon pada harga murah walhal sebenarnya ia tidaklah murah.

  1. Hotdog dan aiskrim murah dijual di pintu keluar IKEA

Apabila kita sudah melengkapkan perjalanan melalui maze di IKEA dan bersedia untuk membayar, sesetengah kita pasti akan terkejut kerana setelah dihitung produk – produk murah secara berasingan, ia menjadi mahal. Perkara ini pasti membuatkan pelanggan kusut. Tetapi IKEA sudah mengenal pasti cara untuk melegakan kekusutan itu dengan menyediakan kedai menjual hotdog dan aiskrim murah. Makanan ini mungkin produk yang paling murah didapati di IKEA kerana mereka tidak mahu mood pelanggan menjadi tidak baik selepas membeli belah.

Sumber : Iluminasi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*