Aafiyah Bakal Mewarisi SimplySiti

Siapa tidak kenal penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini giat mempromosikan produk keluarannya SimplySiti dan beliau berhasrat untuk mewariskan perniagaan kosmetik tersebut kepada anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid apabila puteri kesayangannya sudah membesar kelak.

Siti merupakan tulang belakang kepada SimplySiti memberitahu, walaupun anaknya itu baru berumur setahun tetapi beliau merasakan anaknya itu mempunyai harapan yang cerah dalam bidang perniagaan.

Di tambah pula, Aafiyah sangat suka melihat ibunya bersolek.

“Walaupun dia masih lagi kecil namun dia teruja apabila melihat saya bersolek.

“Jika dia betul-betul minat dengan dunia perniagaan kosmetik, sudah semestinya SimplySiti akan diwarisi kepada Aafiyah bila sudah dewasa,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySIti di sini, petang tadi.

Tambahan pula, Siti, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ingin melihat anak mereka itu melibatkan diri dalam bidang perniagaan kelak.

Sementara itu, produk Epie X Siti Pro Series merupakan kolaborasi julung-julung kalinya SimplySity bersama jurusolek profesional Epie Temerloh.

Produk Epie X Siti Pro Series

Menurut Siti, Epie dipilihnya untuk berkolaborasi kerana sudah sekian lama jurusoleknya bersama dengannya selain tahu cita rasa serta imej yang dikehendaki.

“Lama juga kami pilih warna-warna yang terbaik untuk diperkenalkan.

“Berdasarkan kepakaran SimplySiti dan Epie, maka lahirlah produk terbaru kami, Epie X Siti Pro Series yang menawarkan produk lengkap untuk para pencinta solekan yang mahukan solekan bertaraf profesional,” katanya.

Epie Temerloh – Jurusolek Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sumber: Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*