AWAS! GERAI MAKAN YANG ANDA KUNJUNGI MUNGKIN MENGGUNAKAN JIN PELARIS SEKIRANYA….

Setiap pengusaha atau peniaga pasti menginginkan apa yang diusahakan mereka membuahkan hasil pulangan yang berlipat kali ganda. Namun begitu, disebabkan ketidaksabaran dan keghairahan untuk mendapatkan keuntungan lumayan dengan segera, terdapat peniaga yang menggunakan taktik kotor. Mereka sanggup membelakangi nilai agama dan meminta bantuan makhluk ghaib.

Dalam bidang makanan, terdapat segelintir pengusaha kedai makan yang menggunakan jin peludah bagi melariskan sajian mereka terhadap orang ramai. Berikut disenaraikan 5 tanda gerai makan yang menggunakan jin pelaris yang harus dihindari :

  1. Terdapat ruang khas yang tidak boleh dimasuki oleh sembarangan orang

Ruang tersebut bertujuan untuk upacara pemujaan dilakukan oleh pemilik gerai kepada jin yang membantu atau di situ tempatnya jin menetap.

 

  1. Kedudukan ruang untuk membasuh pinggan mangkuk berada sangat jauh daripada tempat para pelanggan menikmati makanan

Ia disebabkan di ruang inilah jin pelaris melakukan aktivitinya dengan menjilat makanan di pinggan mangkuk supaya terasa lazat dan enak.

  1. Terdapat ikatan kain putih pada peralatan memasak

Kain putih tersebut dipercayai mengandungi jampi daripada jin pelaris di mana apabila bersentuhan dengan makanan, ia menggoda selera orang ramai untuk menikmatinya.

  1. Selera makan mati apabila membaca doa makan

Sihir kebiasaannya tidak akan berkesan apabila  kalimah-kalimah Allah s.w.t. dibacakan. Justeru itu, umat Islam digalakkan supaya sentiasa membaca doa ketika makan untuk mengelakkan diri dari memakan benda yang memudaratkan.

  1. Baki makanan apabila dibungkus dan dibawa pulang rasanya bertukar tidak enak seperti sebelumnya.

Hal ini disebabkan pelanggan dikaburi dengan makanan yang menyelerakan dengan kewujudan jin pelaris di kedai tersebut walau hakikatnya ia indah khabar dari rupa.

Sungguhpun begitu, kita tidak digalakkan untuk menghakimi setiap kedai makan yang menunjukkan tanda-tanda seperti di atas menggunakan pelaris kerana boleh jadi ia adalah kebetulan. Ia sekadar supaya kita berhati-hati dalam memilih makanan kerana apa yang masuk ke dalam tubuh akan memberi kesan kepada hati.

Di sini dikongsikan cara mengetahui sama ada kedai tertentu menggunakan pelaris iaitu dengan membaca ayat Kursi sebanyak 3 kali dari luar kedai. Sebaik-baiknya dibaca di dalam kenderaan untuk mengelakkan masyarakat di sekeliling merasa pelik. Kemudian hendaklah ditiupkan perlahan-lahan ke arah kedai itu. Jika kita merasa terdapat angin menerpa ke muka, eloklah dihindari tempat tersebut kerana itu petanda makhluk tersebut marah.

Semoga bermanfaat dan hanya kepada Allah s.w.t. kita berserah kepada perkara yang tidak diketahui.