Beribu Umat Islam Menghentam Kasut Jenama Nike Kerana Terdapat Kalimah Allah Di Tapak Kasut

Beberapa hari yang lalu, kasut jenama popular Nike telah mendapat kecaman yang hebat dari ribuan umat Islam kerana didapati kasut rekaan terbarunya dikesan memiliki kalimah Allah pada tapak kasut.

Jenis kasut yang dikatakan memiliki kalimah Allah itu adalah datang dari model kasut Nike Air Max 270 trainer dan hal ini dianggap tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

Kasut Nike Air Max 270 trainer telah dipasarkan pada tahun lepas dan jika kita lihat memang jelas ia disunting secara profesional pada tapak kasut tersebut.

Noreen Saiqa merupakan pelanggan kasut Nike itu yang perasaan tentang perkara tersebut apabila dia melihat ada sesuatu yang tidak kena dengan tapak kasut itu.

Tanpa berlengah, dia terus membuat petisyen atas talian yang mengatakan kasut tersebut memiliki kalimah Allah dalam tulisan jawi pada logonya.

“Perkara ini sangat keterlaluan dan sangat melampau, Nike sanggup membenarkan nama Tuhan di kasut.” kata Noreen Saiqa.

Tambahnya lagi, “kasut adalah benda yang kita pakai di kaki sudah tentu kita pakai untuk pijak tanah, bercampur dengan pasir dan macam-macam lagi, Islam mengajar kita belas kasihan, kebaikan dan keadilan kepada semua.

Mengikut laporan yang dari The Nation, petisyen yang telah dibuat itu telah mendapat lebih 6000 signature daripada netizen.

Berdasarkan isu ini, Nike pernah menimbulkan kontroversi pada tahun 1997 dengan model kasut Nike Air Bakin’ yang mana perkataan “Air” dibuat seperti logo api tetapi jika diteliti nampak perkataan “Allah” dalam bahasa Arab.

 

Sumber: The Sun, The Nation

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*