Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Kutip RM25 juta

UPIN & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les’ Copaque Production merupakan filem animasi keduanya meraih kutipan sebanyak RM25 juta dalam masa 3 minggu tayangan dan penonton sebanyak 2 juta orang.

Ia menjadikan filem kategori animasi pertama di Malaysia yang meraih kutipan tertinggi meninggalkan filem antarabangsa Incredibles 2 yang memegang rekod itu sebelum ini.

Jumlan kutipan dijangka akan meningkat lagi pada hari minggu akan datang dan lebih membanggakan lagi jumlah tontonan itu tidak pernah dicapai oleh mana-mana filem di Malaysia dan menjadikan ia penanda aras kepada filem tempatan.

Hasil kejayaan filem ini juga adalah disebabka penulisan cerita yang luar biasa dengan mengaitkan watak Upin dan Ipin bersama watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Raja Bersiong, Nakhoda Ragam, Mat Jenin serta banyak lagi.

Babak di dalam Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal (2019)

Tambahan pula, nada lagu tema dan animasi yang warna warni menjadikan filem ini sangat menarik dan mendapat ribuan pujian netizen meletakkan filem tempatan ini setaras dengan filem animasi antarabangsa.

Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal sesuai untuk tontonan seisi keluarga sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa ataupun warga emas.

Dikatakan kos untuk pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak RM20 juta dan menjadikannya antara filem termahal pernah dihasilkan oleh anak tempatan dengan kepakaran mereka dalam bidang animasi.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*