Hanya Kerana Seorang Jiran Berhutang, Ah Long Simbah Cat Merah 14 Rumah Jiran Lain

Siapa tidak kenal dengan skim pinjaman wang haram atau lebih dikenali orang ramai sebagai Ah Long. Mereka sering kali menggunakan wang sebagai umpan kepada mangsa mereka untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Mangsa yang terdesak untuk mendapatkan wang tiada pilihan dan mereka memilih jalan mudah dengan meminjam wang daripada Ah Long tanpa berfikir panjang akan kesan yang akan mereka hadapi.

Begitu lah yang berlaku kepada seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 26, yang menjadi mangsa buruan Ah Long kerana hutang yang dibuat adiknya.

Akibat daripada hutang yang tidak dijelaskan, kawasan kejiranan Lim telah dibuat kekacauan oleh ceti haram dengan rumah dan kereta mereka disimbah cat merah. Kesemua 14 buah rumah dan 18 biji kereta disimbah dengan cat merah walaupun jiran-jiran Lim tiada kaitan dengannya.

Berdasarkan Lim, adiknya menggunakan namanya sebagai penjamin tanpa pengetahuannya kepada 10 Ah Long yang berlainan.

Lim juga memberitahu dia mendapat banyak surat ugutan, pesanan ringkas dan juga panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Apa yang paling menakutkan, Ah Long mengugutnya dengan menghantar klip video ngeri serta mahu membakar seluruh kejiranannya.

“Saya tiada sumber pendapatan yang tetap, sudah pasti saya tidak mampu untuk melangsaikan kesemua hutang itu malah mak saya sakit dan harus dijaga”, kata Lim.

Penghuni Taman Pandamar Indah, Port Klang telah membuat laporan polis berikutan kes simbahan cat merah yang dilakukan pada 2 Mac lalu.

Rata-rata penduduk menghabiskan wang sebanyak RM1,400 untuk membersihkan rumah dan kereta mereka kerana disimbah cat merah.

Lim meluahkan rasa malu serta sedih akibat perbuatan adiknya itu telah melibatkan jiran-jirannya yang tidak bersalah malah dia juga berasa takut untuk keluar dari rumah kerana takut nyawanya akan melayang di tangan Ah Long.

Sumber: World of Buzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*