Heboh Pasal Wanita Bertudung Bersihkan Gereja…

Kita pernah mendegar kisah sekumpulan lelaki suatu masa dahulu yang tidak menghiraukan perbezaan agama dan saling bantu membantu membaik pulih sebuah gereja usang di Sabah.

Kini, seorang wanita diri seberang pula mendapat perhatian kerana dia sanggup menolong orang yang berlainan agama.

Yogjakarta, pada awal minggu ini sebuah gereja yang dikenali sebagai Gereja Katolik St Lidwina Bedog dilaporkan seorang lelaki telah menyerangnya.

Setelah dikenal pasti, lelaki tersebut merupakan seorang pelajar universiti yang berusia dalam lingkungan 20-an telah mengamuk dan menyerang orang ramai di kawasan gereja itu menggunakan sebilah parang.

Selain mengganggu penganut Kristian yang sedang beribadat pada pagi Ahad, lelaki tersebut juga mencederakan empat orang awam dan memusnahkan patung-patung penyembahan yang berada di situ.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Jirhas Rani itu adalah salah seorang daripada penduduk daerah tersebut yang sukarela membersihkan gereja selepas serangan berlaku.

Tindakan wanita tersebut dipuji orang ramai kerana mereka menganggap Jirhas sebagai mewakili penduduk Indonesia yang berhati mulia.

Selepas kejadian, gambar seorang wanita yang membantu menyapu lantai dan membersihkan gereja tersebar di internet.

Gambar itu menjadi tular di media sosial kerana wanita berkenaan berhijab dan menyapu lantai di bawah patung Jesus yang sudah tiada kepalanya.

 

Penganut Kristian amat berterima kasih kepada wanita ini dan rakan-rakannya tanpa segan silu membantu membersihkan gereja walaupun menganut agama yang langsung berlainan sama sekali.

Walaupun berlakunya serangan di gereja yang menunjukkan sikap tidak bertoleransi antara agama, wanita berhati mulia ini tampil menepis segala tanggapan negatif.

“Beginilah sepatutnya identiti Indonesia, ada toleransi,” kata seorang individu di laman sosial.

“Terima kasih puan. Foto di atas boleh membuka mata semua orang Yogyakarta, Indonesia dan juga warganegara di dunia bahawa rakyat Yogya tidak dapat dipecah-belahkan antara satu sama lain.”

Semoga lebih ramai lagi wanita seperti Jirhas yang baik hati dan menunjukkan nilai-nilai positif seorang Muslim.

Wah bagusnya, wanita ini memang patut dicontohi kerana sudi membantu tidak kira agama!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : lobakmerah