Hibah 1.25% Bagi Tahun 2018 Diumumkan Oleh Tabung Haji

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah 1.25 peratus yang membabaitkan pengagihan sebanyak RM913 juta kepada semua pendeposit untuk tahun 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pelan penstrukturan yang dilakukan membuktikan keprihatinan kerajaan untuk menyelamatkan TH demi 9.3 juta pendeposit.

“Bagi merealisasikan komitmen ini, pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya RM1.73 billion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

“Kerajaan komited untuk memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH di masa depan. Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytiharkan pada kadar tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat,” katanya ketika ditemui semasa Pengumuman Hibah bagi tahun 2018.

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*