Jom Lihat Senarai Motosikal Legend Dalam Filem Malaysia

Filem di Malaysia mahupun di luar negara banyak dapat kita lihat menonjolkan unsur permotoran sama ada motosikal atau pun motorkar malah ia mendapat sambutan dan kutipan yang banyak. Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tahun 2014, kita dapat lihat jumlah kutipan filem genre permotoran tempatan mendapatkan sambutan yang sangat mengagumkan.

Sumber: www.bharian.com.my

Jadi, mari kita lihat motor-motor yang legend ni yang pernah menjadi gilaan anak-anak muda pada satu masa dulu malah masih menjadi tarikan sehingga kini.

Suzuki TS 125

Ramai juga yang konfius motor yang digunakan Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja, sama ada Suzuki TS125 atau Yamaha DT 125 kerana nampak seakan-akan sama. Namun motor ni terbaik kan.

Suzuki TS 125

Yamaha DT 125

Filem yang dibintangi oleh Faizal Hussein dan Rosyam Nor ini ditayangkan pada tahun 1985 yang popular dengan skrip “Roy Roy, hati kau keras“.

Sedutan Filem Gila-Gila Remaja 1985

Yamaha RD350 YPVS

Filem Azura yang dilakonkan oleh Datuk Jamal Abdillah ini sebagai Zakaria bin Puteh atau Zack yang ditayangkan pada tahun 1984. Si Zack yang tidak berputus asa memikat Azura dengan motor Yamaha RD350 YPVS miliknya.

Motor Yamaha RD350 YPVS ini dikeluarkan pada tahun 1983 sehingga 1986 buatan Jepun.

Yamaha TZM 150

Yamaha TZM 150 ini dapat dilihat di dalam filem KL Menjerit yang ditayangkan pada tahun 2002. Filem ini dibintangi oleh 2 pelakon yang tidak asing lagi iaitu Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Filem KL Menjerit juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 2003.

Yamaha RX-Z

Jentera ini adalah salah satu yang paling digemari di Malaysia, RX-Z pernah ditampilkan di dalam filem Remp-It pada tahun 20o6 yang dilakonkan oleh Farid Kamil dan Zul Huzaimy. Motor RX-Z dihentikan pengeluarannya oleh Yamaha pada tahun 2011 setelah penjualan pertama motor ini pada tahun 1985.

Sumber: Berita Harian, thelaki.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*