Kelebihan Membela Ikan Puyu Amalan Orang Lama Yang Ramai Tidak Tahu

Kita pasti pernah mendengar orang lama atau orang tua dulu-dulu sering berpesan kepada kita agar membela ikan puyu di dalam rumah kerana kononya ikan tersebut dapat menghalau hantu ataupun makhluk halus.

Tambahan lagi, ikan air tawar ini juga dikatakan mampu menghalang pukau serta perbuatan sihir yang mahu ditujukan kepada penghuni sesebuah rumah itu oleh orang yang berniat jahat.

Tapi adakah ianya benar-benar mampu menempis semua perbuatan kotor seperti yang disebut atau hanya sekadar dongeng semata-mata. Dimanakah perkaitannya antara ikan puyu dan alam mistik? Mengapakah makhluk-makhluk halus sangat takut kepada spesis ikan puyu?

Sudah manjadi adat turun-temurun kepada masyarakat melayu kita mahupun bangsa lain yang senang terpengaruh dengan cerita-cerita yang sukar dirungkai dengan bukti sahih.

Antara kepercayaan yang paling popular sekali berkaitan dengan ikan puyu adalah ikan ini boleh menghalang pencuri daripada masuk ke dalam rumah atau sebagai pelindung kepada ilmu pukau.

Teori ini dikuatkan lagi kerana ikan puyu adalah spesis ikan yang berjaga malam yang mana mereka percaya jika ada yang masih belum tidur maka ilmu pukau tidak akan berhasil.

Untuk pengetahuan anda, ikan puyu yang berasal dari ikan air tawar adalah spesis noctunal atau dalam bahasa mudahnya binatang yang tidak tidur di waktu malam maka terbatal lah usaha-usaha orang jahat untuk memasuki rumah si mangsa dengan ilmu pukaunya itu. Walaupun begitu, kita sebagai umat islam harus mempercayai bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa di dalam alam ini.

Ada juga yang mengatakan kononnya ikan puyu merupakan mainan makhlus halus yang digelar toyol dan orang bunian. Ikan puyu mempunyai daya ketahanan yang kuat dan mampu untuk hidup di darat dalam masa lebih 24 jam tanpa air! Wow!

Melalui cerita sesetengah orang lama juga, ikan yang mampu hidup selama lima tahun itu tidak digemari oleh Syaitan dan Jin kerana duri yang terdapat di badan ikan puyu boleh menyangkal kekebalan makhluk halus untuk masuk ke dalam rumah manusia sesuka hati.

Mengikut pengamalan dukun kampung pula, ianya dijadikan sebagai medium pengataraan untuk memindahkan pelbagai objek santau yang dihantar kepada pesakit seperti kaca, jarum malah rambut dan karat-karat besi yang kotor.

Selain itu juga, ikan puyu ada digunakan untuk menghantar santau serta sihir kepada mangsa dengan niat yang jahat.

Kesimpulannya, jangan lah kita mudah percaya bulat-bulat dengan kata-kata orang lama yang selalu menggunakan stigma “yang lebih makan garam” kerana sebagai seorang islam kita hanya memohon pertolongan dari Allah S.W.T Yang Maha Esa tanpa perlu mempercayai benda lain yang mampu melindungi hidup kita kerana jika kita percaya sesuatu selain Allah dapat memberi faedah kepada kita maka ianya telah menjadi syirik kecil kepada Pencipta Alam ini.

Sumber : kakicopy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*