Kereta Terbang ‘Vector’ Dikecam Netizen

Aerodyne Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat anak tempatan yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan kereta terbang Malaysia telah mempamerkan model berskala kecil dikenali sebagai ‘Vector’ di LIMA 2019, Langkawi, semalam.

Kredit foto: Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan

‘Vector’ adalah merupakan satu perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang diadaptasi daripada dron dan bakal menjadi salah satu penanda aras kepada pembangunan kereta terbang.

Kementerian Pembangunan Usahawan telah memuat naik gambar model tersebut di laman Facebook dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mempersoalkan kredibili serta kemampuan dalam pembinaan kereta terbang.

Antara komen-komen netizen yang sempat diambil yang mempersoalkan kereta terbang tersebut kerana ianya langsung tidak mencerminkan kos perbelanjaan yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

Baca Kereta Terbang Pertama Buatan Tempatan

Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*