[Video] Perompak Yang Berhati Mulia Hanya Satu Dalam Sejuta

Beijing: Tindakan seorang perompak yang telah memulangkan wang yang disamunnya kepada seorang wanita telah menjadi tular dan mencuit hati netizen.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Li sedang mengeluarkan wang di mesin ATM di Heyuan, China apabila dia didatangi perompak bersenjatakan pisau yang mengarahkannya menyerahkan kesemua wang kepadanya.

Li yang ketakutan menyerahkan 2,500 yuan (RM 1,500) yang baru sahaja dikeluarkan dari ATM kepada perompak tersebut. Namun perompak itu tidak berpuas hati dan mengarahkannya menunjukkan baki akaunnya.

Sebaik sahaja melihat baki akaun Li yang kosong, perompak berkenaan bersimpati dengan wanita tersebut lalu memulangkan semula wang dirompak sebelum beredar tanpa mencederakannya. Perompak itu turut melemparkan senyuman kepada Li.

Walaubagaimanapun, kebaikan hati perompak tersebut tidak menghalangnya dari ditahan oleh pihak polis. Namun, perbuatannya itu mendapat pujian ramai netizen selepas video itu tular di media sosial.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*