‘Siklon Tropika’ Ribut Yang Ganas Menghentam Pelantar Minyak, Penduduk Dipohon Agar Buat Solat Hajat

Media massa telah mengeluarkan amaran tentang berita ‘Ribut Siklon’ pada beberapa hari yang lalu menyatakan ia bakal ‘menghentam’ negeri-negeri di sebelah pantai timur pada awal minggu ini.

Ribut yang sangat ganas ini diberi nama Ribut Siklon Tropika yang berdiameter lebih 100 kilometer yang terbentuk di sekitar perairan tropika. Dari pandangan satelit,ribut ini dapat dilihat seakan-akan satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Pada pusat siklon tropika matang, terdapat mata yang mana udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan.

Menurut rakaman daripada seorang pekerja pelantar minyak di Terengganu yang menunjukkan kekuatan sebenar ribut itu sehingga menggegarkan kawasan tersebut.

Ribut Siklon dah sampai ke perairan Terengganu. Angin di tengah laut sekarang melebihi60 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Doakan semuanya selamat. Laporan dari pelantar minyak.

Posted by Kepochi on Wednesday, 2 January 2019

Posted by Muhammad Syafiq on Wednesday, 2 January 2019

Laporan sebelum ini, Bernama telah menyatakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memberikan amaran kepada orang ramai agar mematuhi tanda amaran bendera merah di sekitar pantai negeri ini sejurus selepas keadaan ombak besar dan laut bergelora yang berlaku sekarang.

Di Kelantan pula, Timbalan Menteri Besar menyarankan agar orang ramai untuk membuat solat hajat demi kesejahteraan sejagat daripada bencana yang telah melanda ini.

Situasi di offshore yang sedang dihadapi rakan – rakan kita ..Kesan yang dibawa ribut tropika Pabuk ..Semoga mereka…

Posted by Muhammad Syafiq on Wednesday, 2 January 2019

Sumber: Video KepochiMuhammad Syafiq