Rokok Elektronik, Vape Akan Dirangka Di Bawah Akta Kawalan Tembakau

KEMENTERIAN Kesihatan dalam proses merangka Akta Kawalan Tembakau yang berkait tentang kawalan penggunaan produk tembakau serta termasuk rokok elektronik dan vape.

Datuk Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan berkata akta tersebut meliputi bidang peguatkuasaan, penjualan, undang-undang dan hukuman.

Tambah beliau, lesen penjualan rokok elektronik dan vape terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), walaubagaimanapun kandungan nikotin dalam rokok tersebut pula berada di bawah kementeriannya.

“Kita sedang menyiapkan rang undang-undang dan berharap dapat disiapkan hujung tahun ini sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Beliau yang ditemui dalam sidang media selepas Sambutan Hari Kesihatan Dunia 2019, hari ini berkata “Sebelum ini, penjualan rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952.”

“Kita komited untuk melaksanakan akta yang dicadangkan itu kerana boleh menjadikan persekitaran berada dalam keadaan lebih sihat,” katanya.

Bagi cukai gula pula, Dzulkefly berkata kementeriannya tidak bercadang untuk mengenakan cukai kepada restoran atau kedai makan yang menjual air bergula.

“Kita bagaimanapun akan memperincikan mengenai perkara ini.

“Buat masa sekarang, kita hanya memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengurangkan pengambilan gula dalam minuman,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*