RON95, RON97 Turun 27 Sen Mulai Tengah Malam Ini

Harga runcit pertol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter daripada RM2.20 manakala RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter daripada RM2.50.

Harga runcit diesel pula akan diturunkan kepada RM2.04 seliter daripada RM2.18.

RON95 – RM2.20 kepada RM1.93
RON97 – RM2.50 kepada RM2.23
Diesel – RM2.18 kepada RM2.04

“Penetapan harga itu adalah bagi tempoh mulai esok sehingga 11 Januari ini.” kata Lim Guan Eng, Menteri Kewangan.

Sumber : bharian.com.my