Sanggup Cacatkan Muka Sendiri Dari Menjadi Mangsa Nafsu Serakah Lelaki

Di suatu daerah terpencil di India iaitu di Arunachal Pradesh, terdapat suku kaum wanita Apatani atau Tani yang dianggap suku kaum yang mempunyai wajah paling pelik kerana mereka sengaja mencacatkan wajah sendiri untuk nampak hodoh bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa nafsu buas lelaki. Mereka sanggup mencacah muka dengan tatu dan memakai penyumbat hidung yang biasanya dipotong mengikut saiz lubang masing-masing. Ia kelihatan agak mengerikan apabila hidung yang digunakan untuk bernafas disumbat objek seperti kayu.

Wanita Apatani pada asalnya dikatakan terkenal dengan kecantikan paras rupa sehingga menjadi pujaan para lelaki sehinggakan ada yang sanggup menceroboh masuk ke kampung lalu melarikan mereka. Oleh itu, sebagai langkah melindungi diri, golongan tua dalam masyarakat tersebut mengarahkan semua golongan wanita dalam komuniti mereka supaya mencacah muka dengan tatu dan memakai penyumbat hidung. Adat pelik itu wajib dilakukan setelah mencapai akil baligh sebagai simbol memasuki ke alam dewasa bagi wanita yang lebih muda. Difahamkan hampir setiap wanita dalam suku kaum ini yang berusia 40-an mempunyai wajah yang pelik.

Walaubagaimanapun, generasi muda yang lahir selepas 1970-an tidak meneruskan adat ini kerana tidak sanggup kelihatan hodoh dan mereka mendakwa adat tersebut akan merencatkan masa depan mereka sekiranya mereka mahu berhijrah ke bandar mencari peluang pekerjaan. Lama-kelamaan, kerajaan India dilaporkan telah mengharamkan amalan itu dan menyebabkan semakin lama ia semakin terhapus.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*