Seorang Lelaki Tidak Menyangka Gambar Yang Dirakamnya Adalah Mangsa Lemas Tiga Beradik

Ketika bercuti di Dungun, seorang penduduk langsung tidak menyedari bahawa gambar yang direkod bersama temannya semasa bercuti terdapat gambar tiga beradik yang lemas baru-baru ini. Menurut Aqif, dia bersantai bersama Anis Maisarah (kakak), 8, serta ketiga-tiga beradik itu berada di tepi pantai. Turut bersamanya ialah ibu saudara mereka. “Pada mulanya Nur Ain Sasabila sedang bermain di tepi dan kedua-dua kakaknya menjemput adiknya untuk naik ke tepi tebing.”

“Secara tanpa disedari gelombang besar muncul lalu menghempas mereka ke dalam laut,” jelasnya ketika ditemui di kawasan berlakunya kejadian tersebut. Kanak-kanak malang terbabit menemani ibu saudara mereka semasa bercuti di sebuah rumah penginapan di hadapan pantai tersebut.

Foto yang sempat dirakam sebelum tiga beradik lemas

Dia terkejut apabila isterinya mengejutkan dia dari tidur yang memberitahu ketiga-tiga anak saudaranya telah dihanyutkan oleh gelombang ombak. “Saya bergegas ke pantai bersama ahli keluarga lain yang jaraknya 300 meter dari tempat kami bersantai lalu mengetahui kesemuanya telah hilang dari pandangan.” “Saya tanpa berfikir panjang meminta ahli keluarga yang lain untuk menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kejadian terbabit,” katanya.

Bapa Aqif, Azhar, 43, menyatakan bahawa mereka sekeluarga pergi bercuti di Dungun dengan lima buah kereta. Tambahnya lagi, “ibu bapa mangsa tidak datang sekali.” Kami sampai di rumah tumpangan pada jam 5 petang. Jelas Azhar lagi dia bersama orang rumahnya dan anak saudara serta ipar yang lain merehatkan diri di rumah tumpangan itu, manakala kedua-dua anaknya dan mangsa turun ke pantai. Menurut Astro AWANI, kecelakaan itu terjadi pada jam 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga adik beradik ini telah disahkan lemas selepas dibawa gelombang besar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

“Saya terima ketentuan ini dengan hati terbuka, walaupun perit”

Nursyahida Abdullah, ibu kepada mangsa itu sebak serta hampir pengsan, tetapi suaminya Zawawi Wahab sempat memapahnya setelah mengetahui berita tersebut. Zawawi menjelaskan, dia mengetahui tentang berita anak-anaknya itu pada jam 7 malam semalam. “Saya harus menerima ketentuan ini dengan hati yang terbuka walaupun perit. Saya yakin anak-anak kami mendoakan kami dan kami akan bertemu nanti di Syurga, Insya Allah.”

“Saya bersama isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkesima mendapat berita pilu yang menimpa mereka dan saya tidak pernah berhenti menadah tangan agar mereka semua selamat dijumpai. “Saat akhir saya bersama mereka bertiga ialah pada pagi kejadian semasa saya membawa mereka pergi membeli buku sekolah,” katanya. Tidak Menyangka Semua “Pergi” Serentak Selepas Pergi Bercuti Di Hatyai.

Zawawi berkata lagi, dia telah memberi izin kepada anak-anaknya untuk mengikuti ibu saudara dan beberapa ahli keluarga lain untuk pergi bercuti di Dungun selepas dijemput rakan yang turut bercuti di sana. Mereka tidak bersama ke sana kerana penat menguruskan hal persekolahan anak-anak. Setelah dihubungi mengenai berita sedih tersebut, dia bersama isteri terus bergerak ke Dungun dan tiba dalam jam 1 pagi. Luluh hati saya dan isteri apabila mengingatkan anak-anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata. Saya bersyukur mereka kesemuanya telah ditemui biarpun tidak lagi bernyawa namun saya dapat melihat mereka semua, luah Zawawi.

Pemergian Mereka Diiringi Dengan Suasana Sayu

Nurain Sofia Zawawi, 8,P iaitu mangsa pertama yang dijumpai terapung 5 km dari kawasan dia disahkan hilang sekitar jam 7.38 pagi. Mangsa kedua pula, Nurain Salsabila Zawawi, 6, ditemui pada 9.20 pagi dan mangsa berikutnya, Nurain Fatma, 10, pula dijumpai pada jam 11.05 pagi tadi.

Sharikan Bustaman iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terenganu berkata, “kesemua mereka berjaya dijumpai kurang dalam masa 24 jam.” Dungun adalah lokasi tumpuan untuk bermandi-manda dan sangat kerap berlaku kejadian seperti ini di sini. Ya Rabbi….

Sumber dari Berita Harian