Tanpa Jantung Dan Nadi, Lelaki Ini Adalah Manusia Pertama Dapat Hidup Tanpanya

Seperti yang kita sedia maklum, organ yang paling penting di dalam tubuh kita adalah jantung dan tanpanya mustahil untuk manusia dapat hidup.

Namun hal yang demikian telah dibuktikan oleh 2 orang pakar bedah iaitu Billy Cohn dan Bud Frazier telah berjaya melakukan pembedahan jantung ke atas seorang pesakit jantung yang bernama Craig Lewis pada tanggal 10 Mac 2011.

Craig yang sudah lama mengidap penyakit jantung dan telah mengakibatkan beberapa organ rosak termasuk hati dan buah pinggang.

Beliau adalah satu-satunya manusia yang mampu hidup tanpa jantung dengan menerima teknologi ini dan dikatakan beliau dibedah kurang dari 48 jam sahaja dan berjaya.

Dr. Cohn yang ditugaskan untuk merawat Lewis dengan menggunakan teknologi canggih yang dikenali LVAD iaitu berfungsi sama seperti jantung yang mengepam darah ke seluruh badan.

Berikut adalah video yang menunjukkan dengan terperinci tentang Craig yang berjaya hidup tanpa jantung.

Sumber: Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*