Urutan Pisau Sayur Semakin Digemari Penduduk Pulau Pinang

Biasanya urutan badan dilakukan dengan menggunakan tangan ataupun batu khas. Penggemar kepada urutan badan sudah pasti akan lega setelah mendapatkan khidmat tersebut terutama kepada yang sibuk bekerja. Namun tahukah anda sekarang urutan terbaru menggunakan pisau boleh didapati di Pulau Pinang.

Urutan tersebut dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang yang dikenali sebagai ‘World Public Welfare Association’ menawarkan kepada mereka yang ingin mencubanya.

Ong Chong Jin, 64, salah seorang sukarelawan berkata, urutan badan menggunakan pisau itu berasal dari negara China dipelajarinya semasa berada di Taiwan pada tahun 2010.

“Ia satu teknik dai China, sangat tradisional. Pada waktu Perang Dunia lagi ianya telah wujud tetapi semakin dilupakan dan hilang namun dijumpai semula di Jepun sejak beberapa tahun yang lalu”, katanya.

Perbezaan antara urutan tangan dan pisau ialah, urutan pisau keras, tajam dan bersifat menyerap apa jua tekanan yang kita kenakan kepada badan, jelas Ong.

Urutan unik tersebut boleh didapati pada hari Ahad bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan terdapat 20 orang anggota persatuan tersebut yang mempelajari urutan pisau itu di Taiwan dengan menggunakan dua bilah pisau yang telah ditumpul untuk mengurut belakang badan, bahu, kepala dan kaki berdasarkan permintaan pelanggang.

Ong berkata pada mulanya, pelanggang berasa sedikit takut untuk mencubanya kerana takut dengan pisau yang disangkakan tajam. Setelah mencubanya ramai yang menyukainya dan ada yang berkata urutan itu melegakan sakit badan mereka.

Sumber: vitdaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*