[VIDEO] Kompleks Bersepadu Pengerang Meletup, 2 Cedera

KOTA TINGGI: Dua warga tempatan dikhuatiri cedera akibat letupan di satu daripada lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah, mengesahkan kedua-dua mangsa yang terbabit telah dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang.

“Pihak polis telah menerima laporan tentang kejadian pada 1.25 pagi tadi.

“Insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

“Pasukan Tindak Kecemasan (ERT) PETRONAS RAPID Pengerang yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian melibatkan lima buah kenderaan bomba ERT PETRONAS RAPID Pengerang bersama 30 kakitangan yang beraya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada 2.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Tinggi, hari ini.

Ahsmon berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini bersama Jabatan Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (JAKKSAS) Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak pengurusan keselamatan PETRONAS RAPID Pengerang.

“Tindakan dari ERT PETRONAS RAPID dipuji pihak polis kerana berjaya memadam kebakaran dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

Dalam pada itu, PETRONAS mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, 1.25 pagi tadi.

Pasukan kecemasan dan kebakaran dibawa ke lokasi kejadian dan api itu dapat dipadamkan dalam tempoh 30 minit kemudian, katanya.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*