Bagi peminat peranti gaming, kehadiran Red Magic 7s Pro di Malaysia mungkin amat dinanti-nantikan. Peranti gaming keluaran Nubia ini, mempunyai daya tarikan dan ciri-ciri tersendiri.
Untuk makluman, Nubia merupakan salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar permainan terbaik pada masa kini. Dalam tempoh empat tahun, 16 telefon pintar berjenama Red Magic telah dikeluarkan di pasaran. Kebanyakan daripadanya, telah menembusi pasaran global.
Dengan spesifikasi yang menarik, Red Magic 7s Pro yang terdapat di Malaysia, mampu memberikan pengalaman permainan gaming mobile yang lebih mengasyikkan dan penuh dengan kepuasan.
Red Magic 7s Pro telah direka bentuk dengan gabungan kaca dan aluminium. Menjadikannya kelihatan lebih menarik dan tahan lasak.
Terdapat perbezaan yang paling menarik berbanding telefon bimbit biasa iaitu plat logam besar yang memanjang diletakkan di bahagian tengah belakang telefon.
Ia merupakan sistem penyejukan tersendiri yang dikenali sebagai REDMAGIC ICE 10.0 Multi-dimensional Cooling System.
REDMAGIC ICE 10.0 Multi-dimensional Cooling System mempunyai 10 lapisan system penyejukan. Antaranya ialah kebuk wap, jel penyejuk, gelung tembaga, plat penyebar haba dan kipas penyejuk. Dan yang paling menarik dalam sistem penyejukan ini ialah lampu RGB yang terdapat pada kipas penyejuk. Menjadikan ia kelihatan lebih cantik terutama sekali ketika berada di dalam gelap.
Red Magic 7s Pro mempunyai skrin paparan bersaiz 6.8-inci, 1080×2400, memberikan nisbah aspek 20:9 dengan panel FHD+ AMOLED. Peranti ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz.
Sekiranya anda mahu menjimatkan bateri, anda boleh menurunkan kadar segar semula secara manual kepada 60Hz atau 90Hz. Malangnya, kadar segar semula ini tidak boleh dilaraskan secara automatik.
Skrin peranti ini adalah jenis nirbingkai penuh tanpa takuk atau lubang dengan kamera di bawah skrin. Ia mempunyai tahap kecerahan setinggi 600 nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla 5 yang sangat teguh.
Red Magic 7s Pro mempunyai kadar pensampelan sentuhan tertinggi berbanding mana-mana telefon pintar. Ia 960Hz, bermakna ia boleh mendaftar sehingga 960 kali setiap saat. Ia menjadikan paparan ultra-cecair dan responsif, yang boleh membuat semua perbezaan dalam permainan FPS, terutamanya apabila dipasangkan dengan pencetus bahu 520Hz.
Red Magic 7s Pro mempunyai dwi pembesar suara yang mengeluarkan bunyi dari bahagian tepi. Menghasilkan bunyi stereo yang jauh lebih baik daripada telefon pintar biasa. Ia memberikan pengalaman permainan yang mengasyikkan
Berita baik bagi mereka yang lebih gemar menggunakan fon telinga, jek audio 3.5mm tersedia untuk digunakan.
Peranti ini menggunakan konfigurasi kamera tri-lensa dibahagian belakang dengan lensa utama 64MP, lensa ultralebar 8MP dan lensa makro 2 MP. Manakala kamera swafoto yang terletak di bawah skrin bahagian hadapan menggunakan lensa 16MP.
Untuk rakaman video, Red Magic 7S Pro mampu merakam sehingga 4K pada 30fps.
Peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 yang baharu dari Qualcomm. Cip ini turut digabungkan dengan memori sehingga 18GB RAM LPDDR5. Gabungan cip dan memori ini dapat memberikan prestasi yang terbaik terutama sekali ketika bermain permainan video.
Storan dalaman peranti ini mencapai 512GB UFS 3.1. Memberikan ruang yang besar untuk simpanan.
Red Magic 7S Pro dilengkapi dengan bateri 5000mAh. Ia juga di didatangkan dengan pengecas 65W yang disertakan dalam kotak.
Peranti ini menjalankan sistem operasi RedMagic OS 5.5 berasaskan Android 12.
Terdapat 3 pilihan warna yang boleh dipilih. Mercury iaitu warna perak dengan panel lutsinar yang menampakkan corak, rekaan dan kipas RGB di bawahnya. Supernova iaitu warna hitam dengan panel lutsinar. Obsidian iaitu hitam yang tiada panel lutsinar.
Terdapat 2 pilihan variasi yang ditawarkan dengan harga yang berbeza. Variasi 12/256 GB (Obsidian sahaja) pada harga RM3,999. Variasi 18/512 GB (Mercury/Supernova) pada harga RM4,999.
All Right Reserved 2022 by Secawan Kopi.