Insta360 X3: Kamera 360 Terbaru di Malaysia

Insta360 X3 Terbaru di Malaysia

Kamera Insta360 X3 terbaru telah berada di pasaran Malaysia. X3 adalah kamera 3600 all-in-one yang merupakan pengganti kepada model sebelum ini, iaitu Insta 360 One X2 yang telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2020.

Rekaan

X3 mempunyai rekaan berbentuk kotak dan memanjang serta mudah untuk dipegang atau dimasukkan ke dalam poket. Ia diperbuat daripada getah dan plastik yang tahan lasak. Ia boleh di bawa masuk ke dalam air sehingga kedalaman 10 meter.

Ia juga didatangkan dengan skrin sesentuh berbentuk segi empat bersize 2.29-inci yang boleh digunakan untuk melihat gambar, video serta mengawal fungsi peranti dengan lebih mudah.

Mengambil gambar

Kamera X3 telah dipadankan dengan sensor baru 1/2” 48MP. Kanta sebenar juga telah mendapat beberapa perubahan. Ia telah ditukar kepada f1.9 berbanding sebelum ini, f2.0 dan mampu merakam gambar dengan pemandangan yang lebih luas dengan jarak fokus 6.7mm, manakala kanta X2 ialah 7.2mm. Ia memberikan kualiti imej yang lebih baik walaupun anda berapa di dalam pencahayaan yang kurang.

Dengan menggunakan X3, anda boleh mengambil gambar berresolusi tinggi sehingga 72-megapiksel untuk gambar yang ultra terperinci, mengatasi X2 yang hanya sampai 18-megapiksel. Anda juga boleh mengambil gambar secara selang masa pada resolusi 8k dengan menggunakan mod timeslapse.

Mengambil video

Seperti model sebelum ini, X3 menghasilkan video 3600 pada resolusi 5.7K dengan penstabilan FlowState dan audio fokus arah.

Dengan menggunakan single lens, X3 boleh merakam video sehingga resolusi 4K,  mengatasi X2 yang hanya mampu merakam sehingga 1440p.

Terdapat juga sokongan video HDR aktif yang cuba merakam sebanyak mungkin pergerakan dinamik, walaupun dalam keadaan rakaman yang bergerak pantas. Ianya lebih baik berbanding mod HDR biasa X2.

Anda boleh membuat rakaman video dahulu tanpa perlu memikirkan sudut rakaman yang sesuai. Selepas selesai membuat rakaman, anda boleh memilih sudut terbaik dengan menggunakan alat pembingkaian semula yang terdapat di dalam applikasi Insta360. Anda boleh kongsikan video rakaman anda ke mana-mana platform media sosial tanpa kehilangan sebarang kualiti.

Kelebihan lain

Terdapat ciri baharu yang diperkenalkan oleh X3, iaitu “Me Mode”. Dengan menggunakan “Me Mode” anda boleh merakam video 1700 yang hanya fokus kepada diri anda sahaja tanpa selfie stick. Ianya memudahkan untuk anda melakukan proses pengeditan.

Fungsi Yang Terdapat Pada Insta360 X3

Harga Insta360 X3 Di Malaysia

Kamera ini telah di jual di Malaysia dengan harga RM2,199. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi Insta, Lazada dan Shopee.

Kesimpulan Bagi Insta360 X3

Secara keseluruhannya, Insta360 telah melangkah ke hadapan untuk menghasilkan produk yang paling popular di kalangan pengguna dengan mengeluarkan model X3 yang lebih canggih dan moden.

SecawanKopi.com

Secawan Kopi adalah blog tentang gajet dan teknologi terkini.

 

 

All Right Reserved 2022 by Secawan Kopi.