Lima Ciri iOS 16 Yang Mengagumkan

iphone 14
iPhone 14 Didatangkan Dengan iOS 16

Apple telah mengeluarkan iOS terbaru mereka iaitu iOS 16, sejak beberapa minggu yang lalu. Terdapat ciri-ciri baru yang mengagumkan buat pengguna iPhone.

Mari kita lihat lima ciri iOS 16 baru yang pasti akan memberi pengalaman berlainan dari iOS terdahulu.

Papan Kekunci Haptik

Seingat saya, telefon Android akan bergetar dengan setiap klik dan sentuhan pada papan kekunci. Tindak balas fizikal seperti getaran ini merupakan satu cara yang cepat dan mudah untuk mengenal pasti penekan papan kekunci telah didaftarkan.

Untuk iPhone, sebelum ini ia  menggunakan bunyi klik sebagai cara tindak balas apabila papan kekunci di sentuh.  Dalam iOS 16, tindak balas ini telah diperbaharui. Terdapat ciri kebolehaksesan baru yang menghidupkan tindak balas haptik untuk papan kekunci, dan ia sangat mengagumkan. Anda akan merasai satu pengalaman baru.

Anda boleh hidupkan tindak balas haptik ini dengan membuka aplikasi Setting. Kemudian pergi ke Sound & Haptics > Keyboard Feedback, dan luncurkan suis di sebelah Haptics ke kedudukan On. Setelah selesai, buka sebarang mesej teks atau klik pada mana-mana medan teks, dan rasai kenikmatan maklum balas haptic yang baru.

Alih keluar imej dari latar belakang

Yang ini sememangnya menyeronokkan. Dan saya yakin, anda pasti akan menyukai cara yang unik untuk membuat pelekat iMessages sendiri.

Apabila anda melihat gambar melalui aplikasi Foto yang terdapat di dalam iOS 16, anda boleh mengalih keluar subjek daripada latar belakangnya dengan hanya menekan lama pada subjek itu. Anda akan merasai pengalaman seperti sedang menggunakan Photoshop untuk mengedit gambar. Tetapi, ianya lebih mudah.

Apabila iPhone anda telah melakukan semua kerja, anda akan melihat kilauan bergerak ke bawah objek untuk memberitahu bahawa ia sudah bersedia. Anda boleh pilih sama ada untuk mengangkat jari dari gambar subjek tersebut dan klik butang Copy, atau seret dan lepaskannya ke dalam aplikasi lain.

Edit mesej untuk membuang kesilapan menaip yang memalukan

Menghantar mesej yang salah kerana kesilapan ketika menaip, agak memalukan. Tambahan pula, apabila ia kerap dilakukan. Jangan risau! Anda boleh selesaikan masalah ini dengan keupayaan terbaru yang Apple tambah di dalam iOS 16.

Dalam iOS 16, Apple telah menambah keupayaan untuk mengedit atau memadam sepenuhnya iMessages yang salah dengan mudah. Tetapi, untuk menggunakan ciri Edit atau Undo Send yang baharu ini, anda perlu menggunakan aplikasi iMessage Apple.

Jika anda telah menghantar mesej dan kemudian mendapati terdapat kesilapan yang dilakukan ketika menaip, anda boleh membetulkannya. Anda boleh berbuat demikian dalam masa 15 minit setelah mesej tersebut dihantar. Walau bagaimanapun, jika anda ingin memadamkan mesej tersebut sepenuhnya, anda hanya mempunyai dua minit untuk melakukannya dari masa ia dihantar.

Ianya begitu mudah untuk anda Edit atau Undo Send, mesej yang tersalah. Sekiranya anda berada dalam skrin mesej, anda hanya perlu tekan lama pada mesej tersebut, kemudian pilih pilihan yang sesuai. Mudah kan?

Apabila anda selesai mengedit mesej, penerima akan melihat log pengeditan semua perubahan yang telah dilakukan. Dan jika anda memutuskan untuk memadam mesej, mereka hanya akan melihat makluman yang memberitahu bahawa mesej telah dipadam.

Widget Skrin Kunci untuk maklumat yang boleh dilihat

Anda mungkin menyukai widget Skrin Kunci yang baru. Ia memberikan akses kepada maklumat yang sentiasa hidup (sekurang-kurangnya pada iPhone 14 Pro).

Untuk membuat skrin kunci tersuai anda sendiri atau menambah widget, hidupkan iPhone dan buka kuncinya. Tetapi, jangan leret untuk pergi ke skrin utama. Sebaliknya, tekan lama pada skrin kunci sehingga sampai ke skrin edit. Buat skrin kunci baharu atau tambah widget pada widget semasa anda dengan klik dalam kotak masing-masing. Kemudian pilih aplikasi yang ingin anda tambah.

Buat Undo Send dalam email

Seperti mesej, iOS 16 juga memberi anda peluang untuk mengedit email yang tersalah melalui Undo Send.

Sekiranya anda telah tersalah menghantar email, dan mahu menghentikannya sejurus selepas menekan butang Send. Anda boleh lihat bahagian tengah di bahagian bawah skrin terdapat butang Undo Send. Anda boleh menekan butang tersebut dan skrin karang email akan muncul semula.

Jumlah masa yang anda ada untuk menghentikannya adalah 10 saat. Tetapi, anda boleh menukarkannya kepada 20 atau 30 saat dengan membuka aplikasi Setting. Kemudian pergi ke Email dan scroll ke bahagian paling bawah. Anda boleh mengubahnya di Undo Send Delay.lima

rekabentuk iphone 14
Ciri-ciri Baru iOS 16 Boleh Didapati Di Dalam iPhone 14

Kesimpulan Bagi Lima Ciri iOS 16 Yang Mengagumkan

Secara keseluruhannya, ciri-ciri baru yang terdapat dalam iOS 16 begitu mengagumkan. iOS 16 telah didatangkan di dalam iPhone 14. Bagi peminat iPhone di Malaysia, anda boleh baca spesifikasi iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

SecawanKopi.com

Secawan Kopi adalah blog tentang gajet dan teknologi terkini.

 

 

All Right Reserved 2022 by Secawan Kopi.