Tentang

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera!

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi blog Secawan Kopi.

Segalanya bermula di sini!

Blog Secawan Kopi telah dibangunkan atas tujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan gajet dan teknologi.

Blog ini mula dibangunkan pada tahun 2022. Ianya masih baru dan mentah dalam dunia blogging.

Ia dimulakan oleh peminat yang mempunyai minat mendalam untuk mendapatkan maklumat tentang gajet dan teknologi.

Idea asal pembangunan blog ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan catatan persendirian berkenaan gajet dan teknologi untuk rujukan pada masa depan.

Tetapi, setelah ia mula dibangunkan, kami dapati, terdapat banyak maklumat yang boleh dikongsikan untuk tatapan umum.

Kami rasa rugi yang amat sangat, sekiranya maklumat-maklumat yang kami dapati, kami simpan dan tidak dikongsikan kepada orang lain.

Oleh itu, kami berusaha sedaya mungkin untuk terus membangun dan mengeluarkan artikel-artikel berinformasi yang dapat membantu orang ramai untuk lebih memahami berkenaan gajet dan terknologi terkini. Disamping menyampaikan maklumat terbaru berkenaan teknologi di dalam dan luar negara.

Dari segi penyampaian, kami cuba untuk menyampaikan segala maklumat yang ada di dalam blog ini dengan cara yang mudah difahami menggunakan gaya bahasa yang santai.

Harapan kami agar, blog Secawan Kopi ini dapat terus berkembang maju dalam menyampaikan maklumat kepada para pengunjung dengan lebih baik dan berterusan.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sokongan berterusan daripada anda, amat kami hargai.

Teruskan membaca gais!

Admin Secawan Kopi

SecawanKopi.com

Secawan Kopi adalah blog tentang gajet dan teknologi terkini.

 

 

All Right Reserved 2022 by Secawan Kopi.